Tuesday, April 14, 2009

Fakta Kebaikan Serai

Serai digunakan seluruh dunia untuk pelbagai sebab. Ia memberi rasa yang istimewa dalam masakan thai dan masakan Asia yang lain. Ia juga dipercayai dapat memberi kesan perubatan. Serai boleh ditemui di kawasan India,Selatan Asia, dan United State serta Amerika Tengah. Serai adalah pohon yang berdaun panjang yang mempunyai batang yang tebal dibahagian pangkal yang berupa bebawang

Kegunaan Masakan

Serai banyak ditemui dalam masakan Asia Polynesian dan India. Rasanya seperti limau dicampur dengan santan akan memberi rasa lazat terhadap masakan makanan laut dan ayam. Bebawangnya juga boleh direbus dan digunakan sebagai rempah.

Teh

Teh boleh dibuat daripada batang serai dan digunakan untuk membantu masalah penghadaman, sakit kepala dan beberapa jangkitan kuman. Ia membantu dalam masalah paru-paru dan memberi sedikit kesan sedatif.

Bentuk Kapsul

Jika diambil dalam bentuk kapsul serai ia memberi kesan menguatkan dan memperbaiki tisu perantara dan ligamen. Ia juga memberi kesan yang baik bila diambil sebagai anti-inflammatory.

Penghalau Serangga

Serai mempunyai bau limau yang kuat yang boleh menghalau serangga termasuk nyamuk, lalatdan kutu atau hama. Ia digunakan dalam bentuk lilin, minyak atau sebagai losyen untuk memenuhi keperluan tersebut.

Rawatan lepas bersalin.

Daun serai dan bebawangnya dibuat sebagai sebahagian ramuan dalam ubat rebus untuk bertangas bagi menguruskan badan, membuang lemak, membaiki tisu-tisu , saraf dan salur darah yang rosak semasa bersalin. Ia memberi kesan menghangatkan badan dengan meningkatkan aliran darah serta memperbaiki sistem imun badan, memperbaiki daya ingatan dan menyembuhkan luka.

Sumber rujukan:

1. Essential Oils Desk Reference, Young Living Oils, 2001
2. Lemon Grass and its Uses

Untuk maklumat & keterangan lanjut, sila hubungi:-
ARIE : 019-3596322 | Email : aromaserai@gmail.com

1 comment:

  1. bolehkah anda memberikan informasi mengenai daun serai yang boleh mengubati penyakit tangan mudah berpeluh?sekian terima kasih atas kerjasama anda...

    ReplyDelete