Tuesday, April 14, 2009

Faedah Perubatan Serai

Serai selalunya digunakan dalam masakan dan rawatan herba di kebanyakan Negara seluruh dunia terutama sekali Asia dan Amerika selatan. Digunakan secara meluas dalam masakan thai dan bahan-bahan serai ini digunakan sebagai teh, makanan dan demah (tuam) Diberi nama lemon grass kerana baunya seperti limau dan rasa seperti daun. Daun serai berupa bilahan panjang yang boleh mencapai lima kaki tingginya.Nama saintifik bagi serai adalah Cymbopogon citratus juga boleh tumbuh dikawasan Australia, Afrika dan Amerika. Namun begitu ia tertumpu lebih kepada kawasan Asia seperti India dan Thailand.

Darah Tinggi

Teh yang dibuat daripada serai juga dikenali sebagai citronella yang sangat semula jadi serta berkesan terhadap kesan anti-inflammatory (radang) dan anti-hypertensive (darah tinggi). Adalah dicadangkan menggunakan daun serai yang paling atas untuk teh tersebut dan bukan bahagian akar atau bebawang yang mana bahagian ini biasanya digunakan untuk masakan.

Penenang

Sekiranya beberapa bahagian daun serai diletakkan didalam air suam atau panas ia akan mengeluarkan sejenis aroma yang akan memberikan kesan penenang, melegakan dan menyamankan. Serai digunakan sebagai bahan aromaterapi dan ia bertujuan menghilangkan stress dan memberi kesan yang melegakan. Ia juga dapat menghilangkan sakit kepala, menurunkan tekanan darah dan mendatangkan ketenangan.

Antioksidan

Institut Makanan dan Penyelidikkan Nutrisi Jabatan Sains dan Teknologi telah mendapati bahawa serai mempunyai kesan antioksidan yang mana ini boleh mencegah penyakit kanser. Ditemukan juga ia sebagai rawatan terhadap jangkitan mata yang berkaitan dengan rasa pedih dan pandangan kabur. Didapati dapat bertindak sebagai antiseptik, anxiolytic dan mengandungi sifat anti-fungal (kulat) serta antibakteria. Serai juga digunakan sebagai rawatan terhadap muntah-muntah, sukar tidur (insomnia) dan demam.

Antitoksin

Serai yang dibuat the atau dicampur didalam makanan boleh memberi kesan mencuci hati (liver), buah pinggang (kidney), pundi kencing (bladder), pancrease dan system gastro usus. Serai telah lama diketahui memberi manfaat kepada system penghadaman dan memperbaiki aliran darah dan meransang proses penghadaman.Ia mengurangkan paras kolestrol, paras uric acid (penyebab gout) dan kelebihan lemak dalam badan. Ia juga dikenali dapat membantu mengurangkan masalah kurang hadam dan perut meragam selepas makan (dyspepsia).

Sumber rujukan:

1. Medical dictionary
2. Medical Benefit of Lemon Grass


Untuk maklumat & keterangan lanjut, sila hubungi:-
ARIE : 019-3596322 | Email : aromaserai@gmail.com

No comments:

Post a Comment